KUANTAN: Pengundian awal di negeri ini berjalan lancar apabila 94.17 peratus pengundi keluar menjalankan tanggungjawab mereka hari ini.

Ia melibatkan 15,908 pengundi dari keseluruhan 16,893 pengundi awal yang berdaftar di negeri ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata, kesemua 50 pusat mengundi di seluruh negeri yang di buka pukul 8 pagi ditutup pukul 5 petang.

Katanya, jumlah pengundian awal terbabit tidak termasuk undi pos di mana ia terdiri dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negeri ini.

Dalam pada itu, Pekan mencatatkan jumlah pengundi awal tertinggi iaitu seramai 5,459 anggota ATM dan 358 anggota PDRM di bawah Parlimen terbabit telah keluar mengundi.

Ia diikuti Temerloh dengan seramai 1,729 anggota ATM dan 487 anggota PDRM serta bentong dengan 1,707 anggota ATM dan 255 anggota PDRM telah keluar mengundi.

Kuala Krau mencatatkan jumlah pengubdi awal paling rendah iaitu seramai 43 orang diikuti Maran iaitu seramai 213 di mana kedua-duanya hanya melibatkan anggota PDRM.

Indera Mahkota pula mencatatkan jumlah pengundi awal dalam kalangan anggota PDRM paling tinggi iaitu sebanyak 1,157 orang. – UTUSAN

The post PRU15: 94.17 peratus pengundi awal Pahang turun mengundi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *