REMBAU: Penerbit dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri hampir pasti diletakkan sebagai calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan  Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Sembilan.

Katanya, Ahmad Idham yang juga Pengerusi Pertubuhan Briged Prihatin sedia memberi saingan kepada mana-mana calon parti lawan di kerusi tersebut termasuk sekiranya Pakatan Harapan (PH) mempertaruh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Kami  sudah lakukan kajian dan turun padang tiga bulan sebelum ini ke akar umbi (Port Dickson). Kami bawa Ahmad Idham dan respon begitu baik kami terima. Masyarakat Port Dickson menyambut baik Ahmad Idham sebagai calon GTA,” katanya ketika ditemui di Pedas, di sini.

MOHD JANI ISMAIL

Mengulas lanjut, Mohamad Jani berkata, Ahmad Idham mempunyai kelebihan tersendiri terutama sebagai pengasas Hab Pendidikan Khas Dr. Ahmad Idham.

“Bertanding di Parlimen Port Dickson sudah pasti perkara utamanya adalah isu serta masalah masyarakat di Parlimen tersebut.  Selain itu, kami juga berhasrat memperjuang anak-anak istimewa dengan satu dasar khas buat mereka untuk diketengahkan di Parlimen nanti,” katanya. – UTUSAN

 

The post PRU15: Ahmad Idham hampir pasti jadi calon di Port Dickson appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *