PERMATANG PAUH: Calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan (kanan) tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Bukit Mertajam di sini sebentar tadi.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 11.55 malam diiringi beberapa penyokong sempat menyapa petugas media dan kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setakat pukul 11.36 malam, Muhammad Fawwaz mendahului sebanyak 28,908 undi berbanding penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar dari Pakatan Harapan (PH) yang memperolehi 22,918 undi.

Sementara itu, Datuk Mohd Zaidi Zaidi Mohd Said (Barisan Nasional) mendapat 12,695 undi dan calon bebas, Mohd. Nasir Othman (GTA) memperolehi 326 undi. – UTUSAN

The post PRU15: Calon PN Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz tiba di pusat penjumlahan undi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *