SEREMBAN: Dakwaan hasil dapatan data yang menunjukkan jangkaan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanyalah strategi dan agenda untuk mempengaruhi pengundi menjelang hari pengundian pada 19 November ini.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Rasah, Ng Kian Nam berkata, ada tinjauan (survey) yang dilakukan bermotifkan politik dan data yang dikeluarkan kebiasaannya berat sebelah.

“Setiap hari menjelang hari pengundian ada data baharu, selalunya survey ada dua jenis, satu ialah akademik dan satu lagi ialah mempunyai agenda politik.

“Sekarang survey yang ada agenda politik, kerana mahu mempengaruhi pengundi. Sebagai contoh, saya mahu pilih temubual mereka yang kebanyakannya pro kepada saya, sudah semestinya akhirnya keputusan itu akan memihak kepada saya.

“Ini hanya taktik perang psikologi yang tidak sihat, kami tidak akan peduli dan kami akan terus fokus kempen dengan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Rasah di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Biro Perundangan, Pemuda MCA Kebangsaan dalam pada itu mengakui berdepan tugas besar untuk menentang lawannya yang merupakan penyandang bagi kerusi Rasah malah menang dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Tetapi apa yang penting kami tidak akan putus asa kami. saya harap penyokong kami BN mesti keluar mengundi dan kukuhkan undi putih kami” katanya.

Pada PRU14, PH memenangi kerusi Rasah dengan majoriti 46,867 undi menerusi wakil dari DAP, Cha Kee Chin dalam pertembungan empat penjuru termasuk Kian Nam yang memperoleh sebanyak 14,939 undi.

PRU15 kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan Kee Chin sekali lagi disaingi oleh Kian Nam selain seorang lagi calon iaitu Datuk Choong Vee Hing dari Perikatan Nasional (PN).-UTUSAN.

 

The post PRU15: Data kajian jangkaan keputusan hanya cuba pengaruhi pengundi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *