PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini berjalan dengan aman dan tenteram. 

Justeru, PDRM kini bersiap siaga dengan pelbagai elemen telah digerakkan bagi memastikan kelancaran hari mengundi terjamin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi yang boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menurut beliau, setakat ini proses penamaan calon lancar walaupun terkesan dengan beberapa insiden namun berjaya ditangani. 

“Dalam tempoh berkempen pula, keadaan keselamatan terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang menggugat ketenteraman awam,” kata beliau.

Kata beliau, orang ramai dinasihat tidak terpedaya dengan berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut atau spekulasi mengenai ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Beliau turut yakin proses pembuangan undi akan berlangsung dengan lancar dan memberi jaminan segala langkah telah diambil.- UTUSAN

The post PRU15: PDRM pastikan hari pengundian lancar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *