MACHANG: Pakatan Harapan (PH) Kelantan mahu memenangi kesemua kerusi Parlimen di negeri ini sekali gus membantu mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Muhammad Husain berkata, Anwar masih lagi mempunyai ‘aura’ untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik berbanding pentadbiran sebelum ini.

“Kalau orang lain tidak boleh mencukupkan (kerusi yang dimenangi), biarlah Kelantan dapat mencukupkannya kerana kita tahu rakyat mahukan gelombang perubahan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Memperkenalkan Calon PRU15 PH Kelantan di Kampung Membunga, Machang malam tadi.

Muhammad berkata, dengan apa yang berlaku dalam UMNO dan Pas ketika ini,ia akan memberi peluang yang cukup besar kepada PH untuk mencapai kemenangan dan melakukan perubahan.

Katanya, pada masa yang sama, sokongan diterima setakat ini amat baik dan PH yakin calon mereka tidak akan hilang wang deposit PRU15 nanti.

“Kita berharap tawaran PH kali ini akan memberi impak baharu kepada rakyat Kelantan yang ketinggalan khususnya dalam ekonomi,” ujarnya.

Muhammad berkata, pada PRU15 kali ini PKR bertanding di enam kerusi dan selebihnya di berikan kepada Parti Amanah Negara (Amanah). –UTUSAN

The post PRU15: PH Kelantan bantu angkat Anwar sebagai PM appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *