SERDANG: Proses pengundian awal bagi kerusi Parlimen Puchong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjalan lancar setakat pukul 10 pagi ini. 

Penyelia Pusat Mengundi, Mohd Fadzir Mukhtar berkata, proses pengundian itu bermula sejak pukul 8.15 pagi sehingga pukul 5 petang melibatkan sejumlah 373 anggota dan pegawai polis bersama pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing. 

“Seramai 258 anggota dan pegawai terlibat akan mengundi bagi N29 Seri Serdang dan 115 anggota bagi N28 Seri Kembangan di IPD Serdang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Untuk rekod, seramai 224,828 pengundi awal akan keluar mengundi hari di 578 pusat mengundi awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di seluruh negara dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Ia membabitkan seramai 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 polis, polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan. – UTUSAN

The post PRU15: Undi awal di IPD Serdang berjalan lancar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *