KUALA NERUS: Naib juara Liga Super dan Piala FA musim lalu, Terengganu FC (TFC) melengkapkan senarai pemain importnya apabila mendapatkan khidmat pemain Croatia, Domigoj Pusic dan Ivan Mamut.

Kehadiran pemain tengah dan penyerang itu bakal menjadi taruhan TFC untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC 2023 dengan kontrak selama setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh, berkata, dua pemain berkenaan menjadi pilihan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner, untuk mengetuai jentera serangan Sang Penyu musim depan.

Menurut beliau, barisan pemain import TFC kini lengkap selepas Habib Haroon dikekalkan selain membawa masuk Sony Norde, Adisak Kraisorn dan pertahanan Uzbekistan, Sardor Qulmatov.

“Pihak pengurusan dan teknikal meletakkan kepercayaan kepada ketua jurulatih untuk menentukan skuad terbaik bagi menghadapi kejohanan domestik dan Asia musim ini,” katanya selepas memperkenalkan pemain semalam.

Beliau memberitahu, dua pemain itu akan mula menjalani latihan bersama rakan-sepasukani di bawah kendalian Steinbruckner.

“Ivan akan dibantu pemain Thailand (Adisak) di jentera serangan manakala Pusic bakal bergandingan bersama Habib di bahagian tengah,” ujarnya.

The post Pusic, Mamut lengkapkan import Terengganu FC appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *