DOHA: Jawatankuasa Tertinggi Qatar memohon maaf kepada krew televisyen Denmark selepas mereka diancam oleh kakitangan keselamatan ketika sedang bersiaran langsung di ibu negara Doha menjelang Piala Dunia 2022.

Wartawan TV2, Rasmus Tantholdt sedang membuat lintas langsung ketika didatangi kakitangan keselamatan yang muncul menaiki buggy di sebelah sebuah hotel yang baru dibuka di Katara Cultural Village.

Dalam rakaman yang tular di media sosial, Tantholdt dilihat memberi penjelasan kepada anggota keselamatan tersebut bahawa dia dan krew mereka  memiliki kad akreditasi yang sah untuk membuat liputan di mana-mana sahaja.

Bagaimanapun, penjelasan itu tidak didengari  dan anggota keselamatan itu memberi amaran akan memecahkan peralatan kamera mereka.

This is a depressing start to the Qatar World Cup.

“You invited the whole world to come here, why can’t we film? It’s a public place.”

pic.twitter.com/9W8pU1EPxU

— HLTCO (@HLTCO) November 16, 2022

“Setelah memeriksa akreditasi dan permit penggambaran krew yang sah, permohonan maaf dibuat kepada penyiar oleh pihak keselamatan di lokasi sebelum krew tersebut meneruskan aktiviti mereka.

“Penganjur kejohanan telah bercakap dengan wartawan itu dan mengeluarkan nasihat kepada semua pihak supaya menghormati permit penggambaran yang disediakan,” kata penganjur kejohanan.

Tantholdt menerusi rakaman itu bertanya: “Anda menjemput seluruh dunia ke sini. Mengapa kita tidak boleh membuat penggambaran?”

WDEMAM Piala Dunia semakin dirasai di Qatar.Keputusan memberikan hak tuan rumah Piala Dunia 2022 kepada Qatar telah dicemari  kontroversi, termasuk dakwaan rasuah dan pencabulan hak asasi manusia, sejak ia mula diumumkan 12 tahun lalu.

Jawatankuasa Tertinggi Penyampaian dan Warisan (SC) telah ditubuhkan oleh kerajaan Qatar bagi merancang serta mempersiapkan diri untuk Piala Dunia.

Kejohanan itu akan bermula pada Ahad ini dengan perlawanan pembukaan melibatkan Qatar menentang Ecuador. – AGENSI

The post Qatar mohon maaf kepada krew TV Denmark appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *