PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mahu siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan kononnya berlaku penyelewengan kontrak membabitkan dirinya.

Radzi menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau menerima hantaran video dibuat Datuk Zaharin Yassin menyatakan terdapat aduan penyelewengan di Kementerian Pendidikan mengaitkan dirinya dan Ketua Setiausaha kementerian.

Menurutnya, dakwaan itu berkaitan Surat Setuju Terima (SST) untuk kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan.

“Memandangkan nama saya dan KSU turut disentuh, saya mengarahkan Ketua Setiausaha membuat laporan segera kepada SPRM supaya siasatan terhadap dakwaan tersebut dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya juga berharap Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima beliau kepada SPRM,” katanya.

Sebelum ini, Zaharin yang juga blogger dan bekas ahli UMNO memuat naik satu video mendedahkan satu penyelewengan kontrak membabitkan bekalan makanan bermasak dan selenggara bangunan.

Dakwa Zaharin, Radzi dan KSU kementerian didakwa memohon 4.5 peratus daripada nilai kontrak pembekalan itu dipercayai bagi tujuan dana politik Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menerusi video berdurasi 2.44 minit itu, Zaharin mahu Radzi dan Ketua Setiausaha kementerianmenjawab tuduhan berkenaan selain sedia disiasat SPRM. – UTUSAN

The post Radzi mahu SPRM siasat segera dakwaan seleweng kontrak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *