PUTRAJAYA: Selepas terpilih sebagai Ahli Parlimen Putrajaya, nampaknya populariti Datuk Dr. Radzi Jidin semakin menjadi-jadi.

Apa tidaknya, wajah ahli akauntan bertauliah itu kini menjadi daya penarik bagi satu sindiket skim penipuan atau scammer berkaitan pelaburan tidak sah.

Radzi menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau menafikan terbabit dengan iklan berkaitan pelaburan patuh syariah yang tersebar di media sosial ketika ini.

“Pagi-pagi ini ramai pula yang bertanya kepada saya tentang posting ‘Pelaburan Patuh Syariah’. Posting tersebut menggunakan gambar saya dalam poster mereka.

“Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah terlibat langsung dalam apa-apa urusan syarikat tersebut. Saya mohon supaya pihak yang menaikkan posting ini, sila turunkan segera atau anda akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang akan diambil pihak saya,” katanya.

Katanya, beliau mahu orang ramai yang terlihat poster sedemikian supaya melaporkan segera kepada pihak Facebook.

Jelasnya, beliau juga mahu orang ramai mengabaikan poster itu sekiranya ia dikongsi menerusi aplikasi Whatsapp atau saluran komunikasi sosial lain. – UTUSAN

The post Radzi nafi terlibat skim pelaburan patuh syariah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *