ARAU : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima taklimat status pelaksanaan projek dan kerja-kerja penyelenggaraan Persekutuan dan negeri di Balai Mengadap Biru Istana Arau di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Taklimat tersebut dipersembahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

Turut hadir, Pengarah Kanan Kementerian Kerja Raya, Datuk Zulkipli Nasri dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir. Mohd Shahril Mohd Said.

Sebelum ini, di penghujung 1990-an dan awal 2000-an Wan Ahmad Uzir pernah bertugas di Perlis sebagai Penolong Pengarah Pembangunan, Pejabat Pembangunan negeri, manakala Zulkipli pula berkhidmat di Perlis sebagai Penolong Jurutera Bangunan JKR Perlis dari 1 Oktober 1997 hingga 15 Oktober 2002.

Baginda yang amat prihatin dengan kemajuan negeri serta kesejahteraan hidup rakyat menitahkan beberapa pandangan kepada pihak KKR dan juga JKR negeri.

Pelbagai projek dalam perancangan dan juga projek yang sudah dalam pembinaan bagi Persekutuan dan negeri juga dipersembah maklum kepada Raja Perlis dan Raja Muda Perlis. – UTUSAN

The post Raja Perlis berkenan dengar taklimat projek pusat, negeri appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *