RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan cuti umum esok bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak mereka mengalahkan juara dua kali, Argentina dalam aksi pembukaan Kumpulan C dalam  Piala Dunia Qatar sebentar tadi.

Pengisytiharan cuti umum itu dititahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud dan ia tertakluk kepada semua pekerja sektor kerajaan dan swasta, serta pelajar di seluruh negara itu.

 

Arab Saudi melakar kejutan terbesar dalam sejarah penganjuran Piala Dunia apabila melakar kemenangan 2-1 hasil jaringan Saleh Al Shehri dan Salem Aldawsari pada babak kedua permainan.

Pasukan yang diberi julukan The Falcons ( Sang Helang) itu akan bertemu Mexico dalam aksi kedua kumpulan, Sabtu ini. – AGENSI

The post Raja Salman umum cuti selepas Arab Saudi kejutkan Argentina appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *