KUALA TERENGGANU : Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Amzad Hashim berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 40,907 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mendapat sebanyak 63,016 undi untuk mengetepikan tiga calon pencabarnya yang lain

Kemenangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Faris Abdul Razak di Pusat Penjumlahan Undi di Stadium Negeri di sini, malam ini.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zubir Embong memperolehi 22,109 undi,  Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Pakatan Harapan) mendapat 10,946 undi manakala Mohamad Abu Bakar Muda (Pejuang) memperoleh 481 undi. 

Pada PRU-14 lalu, Ahmad Amzad menang selesa dengan majoriti 14,773 undi selepas memperoleh 42,988 undi menewaskan calon dari BN, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (28,215 undi) serta calon PH, Raja Kamarul Bahrin (15,380 undi). – UTUSAN ONLINE

The post [RASMI] Ahmad Amzad  pertahan Parlimen Kuala Terengganu appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *