BANGI: Calon baharu Pakatan Harapan, Syahredzan Johan menang besar apabila mengatasi tujuh calon lain di Parlimen Bangi dengan majoriti 69,701 dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Kemenangan rasmi Syahredzan anak kepada Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang memperoleh sebanyak 141,568 undi diumum oleh Pegawai Pengurus Parlimen Bangi (P. 102), Dr Ani Ahmad jam 1.05 pagi

Beliau yang juga seorang peguam adalah Setiausaha Politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang. 

Calon Perikatan Nasional, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir (71,867); calon Barisan Nasional, Datuk Hoh Hee Lee (25,685); calon Pejuang, Annuar Salleh (3,148) dan calon Parti Rakyat Malaysia, Chee Chee Meng (752). 

Bagi calon Bebas pula, Dr. Jamal Hisham Hashim (676); Muhammad Fauzi Hasim (401) dan Prof Madya Suthan a/l Mookaiah (194).

Sebanyak 244,291 undi daripada keseluruhan kira-kira 303,430 pengundi berdaftar di Parlimen Bangi melibatkan 81.34 peratus pengundian. 

Mei lalu, Kian Ming melalui Twitternya mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15 kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda lain dalam DAP untuk bertanding mewakili parti itu sebagai calon.

Pada PRU14 tahun 2018, PKR mencalonkan Kian Ming yang memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 68,768 dalam persaingan empat penjuru membabitkan calon daripada BN, Pas dan PRM. 

Persaingan empat penjuru menyaksikan calon Pas, Mohd Shafie Ngah mendapat 33,789 undi; Kian Ming, 102,557 undi; calon Prm, Wan Jinn Woei, 215 (hilang deposit) dan calon BN, Liew Yuen Keong, 19,766 undi.

Parlimen Bangi mencatatkan sebanyak 88.3 peratus undi dengan 1,114 undi rosak. 

Kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 menyaksikan Kian Ming, 46, yang sebelum itu pernah menjadi Ahli Parlimen Serdang dari 2013 hingga 2018 dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. – UTUSAN

The post [RASMI] PH menang besar di Parlimen Bangi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *