PETALING JAYA: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahan kerusi Parlimen Muar dengan majoriti tipis 1,345 undi.

Keputusan rasmi menunjukkan persaingan sengit tiga penjuru antara Syed Saddiq yang menerima 19,961 undi dengan dua lagi pencabar, iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin (18,616 undi) dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Helmy Abd. Latif (14,581 undi).

Peratus keluar mengundi untuk kerusi tersebut ialah 77.12 peratus dengan 53,158 undi dikira berbanding 68,925 pengundi berdaftar. – UTUSAN

 

The post [RASMI] Syed Saddiq menang tipis, majoriti 1,345 undi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *