KOTA BHARU: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu selepas memperoleh majoriti 22,613 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada PRU15, Takiyuddin memperoleh undi sebanyak 41,869 sementara dua pencabar terkuatnya daripada Pakatan Harapan, Dr. Hafidzah Mustakim yang memperoleh 19,256 undi dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Rosmadi Ismail dengan 16,168 undi.

Sementara, Calon Gerakan Tanah Air, Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar mendapat 528 undi, Tan Boon Kian @ Andy Tan daripada Parti Rakyat Malaysia dengan 107 undi dan calon bebas, Izat Bukhary memperoleh 91 undi.

PRU14 lalu, Takiyuddin menang dengan majoriti 5,869 undi menewaskan BN dan PKR. – UTUSAN

The post [RASMI] Takiyuddin kekal teraju Parlimen Kota Bharu appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *