REMBAU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 19,887 undi.

Beliau yang juga mesra dengan Tok Mat mendapat undian sebanyak 53,O75 sekali gus menewaskan empat calon yang lain.

Calon Pakatan Harapan, Jufitri Joha mendapat sebanyak 33,178 undi, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus (21,875.), calon Parti Pejuang Tanahair, Ramly Awalludin (529) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Tinagaran (779).

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Rembau, Mohamad Najib Mustafa di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Sri Rembau, malam ini.-UTUSAN.

The post [RASMI] Tok Mat menang di Rembau dengan majoriti 19,887 undi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *