LONDON: Mendiang Ratu Elizabeth II dikatakan pernah meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat bersua muka dengan pelakon, Tom Cruise, Jun lalu.

Menurut sumber The Times, semasa acara jubli platinum, baginda mengirim jemputan kepada pelakon Hollywood itu menghadiri majlis minum petang di Istana Windsor.

“Baginda ratu dikhabarkan sangat berdukacita kerana tidak bertemu Cruise pada majlis tersebut.

“Disebabkan itu, pelakon itu dijemput mengadakan lawatan khas ke Istana Windsor dengan segala kelengkapan disediakan hanya untuk baginda menikmati minum petang bersama pelakon kegemarannya,” katanya.

Malah, difahamkan, baginda turut membenarkan pelakon berusia 60 tahun itu menjalani penggambaran filem Mission: Impossible di United Kingdom, dengan mendaratkan helikopter di pekarangan istana.

Cruise juga dijemput menghadiri sesi makan tengah hari, namun sayangnya mendiang terlebih dahulu mangkat pada 8 September lalu.

Pelakon itu memuji pemerintahan ratu sejak tujuh dekad lalu sehingga menghembuskan nafas terakhir ketika mencecah usia 96 tahun.

“Baginda adalah wanita yang saya sangat kagumi, malah mempunyai keperibadian luar biasa. Saya sering melihat gambarnya semasa kecil,” katanya.-AGENSI

The post Ratu Elizabeth II pernah kecewa tak dapat bertemu Tom Cruise appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *