LONDON: Satu laporan mendakwa ratusan anggota tentera wanita yang menuduh rakan sekerja merogol mereka, didapati tersalah diagnosis dengan gangguan personaliti.

Situasi itu berlaku selepas mangsa cuba mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kesihatan Mental Masyarakat (DCMH) di bawah angkatan tentera itu ekoran serangan seksual dialami mereka.

Lapor Daily Mail, tentera wanita itu didiagnosis mengalami gangguan personaliti emosi yang tidak stabil dan diberhentikan tugas atas alasan perubatan.

Ketua Eksekutif Salute Her UK, Paula Edwards mendakwa wanita berkenaan sama ada `didiagnosis secara salah atau berlebihan’ agar pihak atasan tentera boleh `menangani masalah’ itu dengan segera.   

Pendedahan itu dibuat sebulan selepas Akademi Tentera Diraja Sandhurst diminta menangani `budaya toksik’ serangan seksual selepas ratusan askar wanita tampil melaporkan penderaan semasa menjalani latihan.

Seramai 16 tentera wanita lagi tampil mendedahkan serangan seksual dihadapi mereka semasa berkhidmat di Sandhurst.

“Perkara ini amat membimbangkan, wanita yang dirogol cuba mendapatkan bantuan DCMH namun pengamal perubatan melihatnya sebagai masalah tekanan pasca-trauma (PTSD) dan diagnosis mangsa mengalami gangguan personaliti,” katanya.

Jelas beliau, anggota wanita didiagnosis dengan masalah demikian tidak boleh berkhidmat dalam tentera yang membolehkan pihak atasan menangani isu yang timbul itu dengan segera.     

Berdasarkan data dikeluarkan Salute Her UK, seramai 133 wanita didiagnosis mengalami gangguan personaliti daripada jumlah 393 rujukan diterima pada tahun lalu.

Hampir kesemua mangsa berumur bawah 27 tahun.    

The post Ratusan tentera wanita tersalah diagnosis gangguan personaliti appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *