PASUKAN bola sepak Real Chukai FC B muncul juara edisi sulung kejohanan Kronos Tranung Junior Cup bagi kategori usia bawah 12 tahun di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini.

Pasukan itu menewaskan SK Binjai dalam perlawanan akhir yang sengit manakala Kuantan Tigers A merangkul tempat ketiga kejohanan anjuran Kronos Tranung Soccer Akademi (KTSA) berkenaan.

Kejohanan julung kali diadakan itu melibatkan lebih 260 pelatih berusia bawah 12 tahun terdiri daripada akademi-akademi bola sepak di Terengganu serta negeri-negeri jiran. – UTUSAN

 

The post Real Chukai FC juara edisi sulung Kronos Tranung Junior Cup appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *