MADRID: Karim Benzema memimpin Real Madrid menundukkan Barcelona 3-1 dalam aksi El Clasico di Santiago Bernabeu, sebentar tadi.

Pertemuan pertama dua musuh tradisi dalam saingan La Liga musim ini berlangsung di hadapan ribuan penyokong masing-masing yang memenuhi stadium.

Penyerang berpengalaman Perancis itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan buat Madrid pada minit ke-12 sekali gus menggamatkan stadium dengan sorakan penyokong setia mereka.

Federico Valverde menggandakan jaringan pada minit ke-35 untuk memastikan Real Madrid memasuki bilik persalinan dengan mendahului 2-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Barcelona cuba bangkit merapatkan kedudukan menerusi ledakan Ferran Torres pada minit ke-83.

Usaha Barcelona untuk sekurang-kurangnya bangkit menyamakan kedudukan berkubur selepas Rodrygo menjaringkan gol ketiga di hujung permainan selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Kemenangan itu memastikan Real Madrid terus memimpin kedudukan teratas La Liga dengan kelebihan tiga mata mengatasi pencabar terdekatnya Barca di tangga kedua mengumpul 22 mata selepas sembilan perlawanan. – AGENSI

The post Real Madrid belasah Barcelona dalam El Clasico appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *