NEW YORK: Penyanyi country terkenal, Reba McEntire akur dengan saranan doktor untuk berehat daripada meneruskan konsert jelajah bagi merehatkan suaranya.

Memaklumkan perkara itu di Instagram, penyanyi tersebut mengakui, berat hati mengambil keputusan ini, namun terpaksa mengikut nasihat doktor demi kesihatan vokalnya.

Susulan itu, McEntire, 67, terpaksa menunda tiga konsertnya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ke bulan depan.

Dia akan kembali beraksi dalam konsert di Columbus, Ohio; Raleigh, North Carolina dan Indianapolis, masing-masing pada 2,  3 dan 16 Disember ini.

“Terima kasih kepada peminat kerana memahami keadaan saya,” tulisnya ringkas.

Penyanyi dan pelakon itu bagaimanapun, mengesahkan persembahannya pada Country Music Award yang dijadualkan pada 9 November ini tetap diteruskan.

The post Reba McEntire akur saranan doktor, tunda konsert demi kesihatan suara appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *