LONDON: Liverpool ingin membawa duo England, Jude Bellingham dan Declan Rice ke ­Anfield, menurut wartawan bola sepak terkenal Britain, Pete O’Rourke.

Bagaimanapun, O’Rourke menjangkakan, tawaran untuk pemain tengah Borussia Dortmund dan West Ham itu akan menelan kos lebih 200 juta pound (RM1.07 bilion) selepas digabungkan.

Dalam perkembangan sa­ma, wartawan Sky Sports, Dharmesh Sheth pula mendedahkan, Reds akan ‘cuba sehabis baik’ untuk menandatanga­ni Bellingham pada musim panas akan datang.

Bintang berusia 19 tahun itu bukan satu-satunya pemain tengah yang dalam pemerhatian ­Jurgen Klopp, kerana Rice juga menarik minat jurulatih itu.

Kedua-dua pemain itu, kini membintangi England dalam Pia­la Dunia 2022 di Qatar, di mana Bellingham melakukan umpanan ketika menumpaskan Senegal 3-0, Ahad lalu.

“Saya pasti, Liverpool mempertimbangkan perjanjian berganda untuk Declan Rice dan Jude Bellingham.

“Bagaimanapun, anda mungkin bercakap tentang jumlah yang besar, lebih 200 juta pound untuk kedua-dua pemain tersebut dan itu agak sukar untuk berlaku.

“Kita semua tahu minat Liverpool terhadap Bellingham, jadi semua bergantung kepada siapa yang bersetuju dengan tawaran kelab,” kata O’Rourke.

Prestasi Bellingham memberi impak kepada Three Lions yang akan berdepan Perancis pada suku akhir Piala Dunia 2022. – AGENSI

The post Reds perlu RM1.07b ikat Bellingham, Rice appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *