KUANTAN: Seorang remaja perempuan meninggal dunia akibat dihempap pokok besar dalam kejadian angin kencang di Kampung Balok Baru di sini, petang semalam.

Mangsa, Aliya Zahra Mohammad Hasnizam, 14, berasal dari Felda Cerul Satu, Kemaman, Terengganu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pukul 6.35 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang remaja perempuan dihempap pokok dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Pahang terima satu kes dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng memaklumkan terdapat kes pokok tumbang dan menghempap remaja perempuan, empat buah kenderaan awam serta kabel elektrik.

“Pasukan bomba memberikan bantuan awal kepada mangsa dan kemudiannya dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. dan mangsa disahkan meninggal dunia.

Katanya, mangsa meninggal dunia dan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

The post Remaja 14 tahun maut dihempap pokok di Kampung Balok Baru appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *