PASIR MAS: Kegembiraan enam sahabat mandi-manda di kawasan takungan air banjir dekat litar lumbamotosikal di Kampung Paloh, Tendong di sini berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka ditemukan lemas hari ini.

Mayat Mohd. Nazmi Haikal Mohd Nasrul, 18, ditemukan oleh orang awam pada pukul 10 pagi tadi selepas usaha mencari dilakukan di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkait kejadian itu pada pukul 9.26 pagi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mayat mangsa sudah ditemukan oleh orang awam.

“Difahamkan sebelum itu, salah seorang daripada kumpulan remaja berkenaan telah meminta bantuan orang kampung sebaik menyedari mangsa tidak timbul ketika mandi di dalam takungan air banjir itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Ridhuan memberitahu, kolam tersebut dipercayai bersambung dengan Sungai Kelantan.

Katanya, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. –UTUSAN

 

The post Remaja lelaki lemas semasa mandi bersama lima rakan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *