TERUS-TERANG, Cik Bunga bagaikan tidak percaya dengan berita yang sampai ke telinga ini.

Khabarnya, seorang pengacara wanita sedang berdepan dugaan berat apabila rumah tangganya dikatakan sedang dilanda badai.

Khabarnya, sejak rumah tangga pengacara itu berantakan, agak lama juga dia tidak aktif menerima tawaran.

Kalau dulu, memang meriah wajahnya terpampang di sana sini. Alhamdulillah, banyak job orang kata. Tetapi, itu dulu.

Lagipun, tiada masalah jika dia lama tidak muncul di skrin televisyen.

Dengan populariti yang diraihnya selama ini, tidak sukar untuk dia memancing jenama besar sebagai duta.

Kata teman Cik Bunga, sejak dia buat pilihan memberikan tumpuan pada keluarga, pengacara ini berdepan dengan masalah lain.

Nak dijadikan cerita, gara-gara tidak banyak dapat job lagi, kedudukan kewangannya semakin merosot.

Ia juga menjadi punca dia dan suami sering berbalah. Cik Bunga tidak tuduh suami pengacara itu tidak bekerja dan hanya duduk goyang kaki.

Tetapi, kalau diikutkan, memang pendapatan pengacara itu lebih mewah. Tetapi, disebabkan sudah tidak
banyak job, semuanya bagaikan serba tidak cukup dan tidak kena.

Cik Bunga faham, ada kala memang boleh terjadi hal begini dalam alam perkahwinan.

Tetapi, Cik Bunga berharap sangat, janganlah perbalahan itu membawa kepada perceraian. Fikirkanlah nasib anak-anak yang masih kecil. Mereka tentu perlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa.

Tetapi, nak cakap lebih-lebih, siapalah kita. Lagipun, yang lalui lebih tahu apa yang mereka hadapi. Semoga ada sinar dalam rumah tangga pengacara ini.

The post Rumah tangga pengacara goyah? appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *