KYIV: Sebahagian besar kawasan di Kyiv mengalami terputus bekalan elektrik dan air selepas tentera Russia melancarkan sejumlah serangan peluru berpandu di bandar ini.

Ketua Tentera Ukraine, Valeriy Zaluzhnyi menerusi Telegram memaklumkan, Russia melancarkan 55 peluru berpandu dan puluhan serangan tembakan yang ‘menyasarkan orang awam’ di seluruh Ukraine, beberapa hari selepas Moscow menuduh Ukraine melancarkan serangan dron di Laut Hitam.

Biarpun pertahanan negara ini berjaya memintas banyak peluru berpandu yang dilancarkan Russia, sebahagian kawasan di tujuh wilayah Ukraine mengalami kemusnahan dan terputus bekalan elektrik.

Selain itu, beberapa letupan juga kedengaran di Kyiv.

Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko memberitahu, sebanyak 40 peratus penduduk di bandar ini terputus bekalan air, dengan 270,000 kediaman bergelap.

Di barat Kyiv, koresponden AFP menyaksikan lebih 100 penduduk beratur mendapatkan bekalan air di air pancut di sebuah taman.

Situasi tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk memandangkan tidak lama lagi musim sejuk akan tiba dan ketiadaan bekalan elektrik serta air bakal menyukarkan keadaan.

Bedilan dan serangan udara tentera Russia terdahulu menyebabkan satu per tiga stesen jana kuasa Ukraine musnah.

Sementara itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sekali lagi menzahirkan kebimbangan mengenai situasi di Loji Tenaga Nuklear Zaporizhzhya selepas satu letupan memutuskan bekalan elektrik ke reaktor. – AFP

The post Russia bedil peluru berpandu, Ukraine putus bekalan elektrik, air appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *