IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini dipercayai berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selaras dengan pembubaran Parlimen.

Menurutnya, beliau baru sahaja dititahkan untuk  menghadap Sultan Nazrin.

Katanya, sebarang perkenan berkaitan pembubaran DUN akan dimaklumkan pihak istana.

“InsyaAllah hari ini saya akan menghadap tuanku.

“Sama ada bubar atau tidak,  itu saya tak pasti kerana saya hanya dititahkan untuk  menghadap tadi,  tapi tak pasti apa tujuan.

“Tunggu hingga istana buat pengumuman,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam  Negeri Perak di sini hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat dan menyampaikan anugerah kepada penerima pada majlis tersebut.

Sebelum ini,  Saarani yang menghadap Sultan Nazrin  berkata, baginda  belum memberi sebarang perkenan berkaitan pembubaran DUN Perak.

Saarani berkata,  sebarang ketetapan mengenai permohonan pembubaran DUN akan diumumkan selepas Sultan Nazrin berkenan membuat keputusan. – UTUSAN

 

The post Saarani menghadap Sultan Perak hari ini appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *