IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sekali lagi dititahkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Saarani memasuki pekarangan istana pada 11.50 pagi sebelum kenderaan dinaikinya dilihat beredar kira-kira 30 minit kemudian.

Turut dilihat memasuki pekarangan istana, kenderaan dinaiki Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Terdahulu, Saarani memaklumkan yang beliau dititahkan menghadap baginda namun tidak mengetahui sama ada ia berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak atau perkara lain.

“Saya dititahkan menghadap namun tidak pasti apa tujuannya. Tunggu pihak istana buat pengumuman,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1444H/ 2022M di sini, hari ini. – UTUSAN

 

The post Saarani selesai menghadap Sultan Perak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *