IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meninggalkan Istana Kinta pada pukul 3.30 petang tadi selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Saarani dilihat meninggalkan pekarangan Istana Kinta selepas lebih satu jam dilihat masuk ke istana berkenaan pada pukul 2.08 petang tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Volvo berwarna hitam turut dilihat tersenyum dan melambai tangan ke arah pengamal media.

Difahamkan, satu sidang akhbar khas akan diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan sebentar lagi berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Terdahulu, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan tiba di Istana Kinta bagi memohon perkenan Sultan Nazrin untuk membubarkan DUN Perak bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) didakan serentak dengan Parlimen.

Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim turut hadir di Istana Kinta. – UTUSAN

The post Saarani senyum lebar selepas menghadap Sultan Perak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *