Pada 20 Januari 1969, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak menegaskan bahawa, 27 buah negara Komanwel telah mengakui Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia.

Menurut Tun, pengakuan yang diberikan itu membuktikan negara-negara tersebut menyokong Malaysia dalam pertikaiannya ke atas Sabah. Beliau turut berikrar bahawa Kerajaan Pusat akan terus mempertahankan Sabah kerana negeri itu adalah sebahagian dari Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik

20 Januari 1968 – Bayaran masuk ke Zoo Negara untuk orang dewasa dinaikkan dari 50 sen kepada 70 sen mulai esok, tetapi bayaran masuk untuk kanak-kanak masih kekal 20 sen.
20 Januari 1969 – Bekas juara Flyweight Eropah, Fernando Ataori dari Itali tewas kepada peninju dari Filipina, Bernabe Villacampo dalam satu pertandingan tinju yang diadakan di Manila.
20 Januari 1971 – Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Ghafar Baba telah merasmikan peletakan batu asas pembinaan kilang kain kapas kepunyaan MARA yang berharga RM15 juta di Kajang, Selangor.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Sabah sebahagian Malaysia, 27 negara Komanwel nyata sokongan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *