PETALING JAYA: Saham tenaga di Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada pagi Rabu kerana harga minyak mentah kekal tidak menentu berikutan peningkatan kes Covid-19 di China dan sekatan ekonomi yang akan berlaku di sana.

Sementara itu, Reuters berkata, harga minyak kebanyakannya tidak berubah pada awal dagangan, selepas merosot 3.0 peratus pada sesi sebelumnya berikutan kebimbangan mengenai permintaan yang merosot sekiranya berlaku penutupan baharu di negara pengimport minyak utama, China apabila kes Covid-19 melantun semula.

Niaga hadapan minyak mentah Brent telah meningkat dua sen kepada AS$95.38 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS susut empat sen kepada AS$88.87 setong.

Ketika berita ini ditulis, saham KNM Group Bhd. telah melonjak 25 peratus atau satu sen kepada lima sen manakala saham Velesto Energy Bhd. menokok 3.85 peratus atau setengah sen kepada 13.5 sen.

Antara saham rugi di bursa tempatan, Sapura Energy Bhd. turun 12.50 peratus atau setengah sen kepada 3.5 sen, Hibiscus Petroleum Bhd. susut 0.96 peratus atau satu sen kepada RM1.03, Icon Offshore Bhd. susut 3.57 peratus atau setengah sen kepada 13.5 sen, Dayang Enterprise Holdings Bhd. turun 1.59 peratus atau dua sen kepada RM1.24, Henguang Refining Company Bhd. turun 3.0 peratus atau 14 sen kepada RM4.53, manakala Dialog Group Bhd. turun 1.94 peratus atau empat sen kepada RM2.02. – UTUSAN

The post Saham tenaga diniagakan bercampur-campur appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *