ABU DHABI: Chef selebriti, Salt Bae dikecam hebat di media sosial dan dianggap ‘gila’ selepas menayangkan bil pelanggan yang mencecah harga 614,125 dirham (RM762,613) ketika menikmati hidangan di restorannya di Abu Dhabi baru-baru ini.

Menurut portal Mail Online, ramai warganet menyelar jutawan restoran Turkiye yang terkenal dengan stik daun emas dan  gaya taburan garamnya itu dan menganggapnya sebagai simbol keegoan chef itu.

Resit bayaran yang menarik perhatian ramai itu adalah dari restoran Nusr-Et Steakhouse di Abu Dhabi.

Tidak diketahui milik siapa resit bayaran berkenaan tetapi ramai individu berprofil tinggi yang kini berada di sana bagi menyaksikan perlumbaan terakhir musim Formula 1 sebelum ke Qatar untuk kejohanan Piala Dunia.

Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gökçe mengambil kesempatan daripada dua acara itu apabila mengenakan 9,000 dirham (RM11,159) untuk dua set hidangan stik Istanbul bersalut daun emas selain pelbagai lagi hidangan dengan harga yang disifatkan tidak masuk akal.

Salt Bae menyiarkan gambar bil itu  di laman Instagramnya yang mempunyai 49 juta pengikut dengan kapsyen, ‘kualiti tidak pernah mahal’.

Tidak lama selepas itu, Salt Bae menerima kritikan bertubi-tubi daripada pengguna media sosial walaupun turut menerima lebih 597,000 tanda suka.

“Ini adalah sesuatu yang mengejutkan, jumlah wang itu mampu membantu seluruh kampung daripada masalah kebuluran. Sangat memalukan,” kata seorang pengguna media sosial.

The post Salt Bae dikecam tayang bil lebih setengah juta dirham appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *