PETALING JAYA: Pelakon, Riena Diana bengang apabila segelintir warganet terus mengecam dan mengkritik pemakaiannya yang dikatakan semakin seksi.

Kongsi Riena, dia tidak pernah bangga tampil dengan imej sebegitu, apatah lagi berubah seksi sebagai azam tahun baharunya.

“Banyak lagi isu yang lebih besar nak dibincangkan daripada pemakaian atau hidup saya. Tolonglah, orang bukan kenal saya sangat pun.

“Jangan memandai cakap saya putus cinta, terus seksi. Kalian tidak kenal saya sangat, jadi jangan pandai-pandai hukum. Nak komen boleh, tapi jangan sampai menjatuhkan orang.

“Saya tidak pernah umum bangga berpakaian sebegitu dan tidak pernah cakap, seksi adalah azam baharu saya,” katanya yang popular dengan watak Lailer menerusi drama bersiri, Kampung People.

Pelakon Chinta Arjuna ini berkata, dia sebenarnya tidak perlu menjelaskan apa-apa berhubung penampilannya dan memilih untuk tidak lagi membaca komen-komen negatif warganet.

“Tak suka? Unfollow sebab ramai lagi yang suka cara saya dan tengok saya bukan sebab pakaian. Saya tak perlu jelaskan apa-apa pun.

“Sekarang baru sedar, siapa peminat dan lawan saya sebenarnya. Terima kasih atas kata-kata manis anda. Demi kesihatan mental sendiri, saya sudah membuat keputusan untuk tidak membaca semua komen-komen negatif,” ujarnya.

The post Saya tak pernah cakap seksi ‘azam’ tahun baharu – Riena Diana appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *