KLUANG: “Apa juga yang terjadi, saya akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya serta akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan yang lain.” 

Demikian ditegaskan Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam hantaran terbaharunya dalam laman Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Sembrong itu tetap dengan pendirian jelas dan tidak akan berkompromi dalam isu pembentukan kerajaan baharu dengan yang melibatkan BN dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang. 

Beliau mengakui sudah bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembangkang dengan pendirian yang jelas, iaitu tidak akan bersama PH untuk menubuhkan kerajaan. 

Semalam, dalam hantaran dalam laman Facebook, Hishammuddin menyatakan rela dipecat kerana tidak akan mengubah pendirian, iaitu tidak akan bersama PH. 

“No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya. – UTUSAN

The post Saya tetap setia dengan UMNO, BN – Hishammuddin appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *