KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bersara daripada politik sekalipun berdepan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, khidmat baktinya itu akan diteruskan selagi masih diperlukan.

“Saya bekerja untuk negara bukan diri sendiri, selagi saya boleh, saya tolong.

“Tugas saya untuk selamatkan Malaysia dan orang Melayu terutamanya,” katanya kepada pemberita selepas berucap dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2022 di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15.

Beliau turut menaruh harapan untuk meneruskan kemenangan di kerusi disandangnya itu.

Dalam pada itu, Mahathir tidak menganggap isu sabotaj dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) akan memberi kelebihan kepada GTA.

“Kita tidak peduli masalah parti lain, terpulanglah sama ada nak sokong GTA atau tidak,” katanya. –UTUSAN

The post Saya tidak akan bersara – Tun M appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *