PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan membina sebarang mercu tanda baharu semasa zaman pentadbirannya sebagai Perdana Menteri kerana bangunan pencakar langit sedia ada sudah mencukupi.
Sebaliknya, beliau yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan bertekad untuk memberi tumpuan kepada mewujudkan ‘kota contoh’ dari segi kebersihan, keindahan dan ruang kepada golongan peniaga serta penjaja yang disifatkan nadi pembangunan ekonomi negara.
“Di bawah pentadbiran Anwar, saya tidak berhajat buat satu lagi mercu tanda, cukuplah ada menara berkembar, bangunan Tun Razak Exchange (TRX) dan menara lain.
“Zaman Anwar fikir yang perlu untuk menjana keupayaan kota contoh daripada segi kebersihan, keindahan dan ruang kepada golongan peniaga menengah selain tumpuan kepada penjaja serta warung yang mencecah ratusan ribu orang,” katanya ketika berucap dalam majlis dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini. – UTUSAN
The post Saya tidak mahu bina lagi mercu tanda baharu – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.