PETALING JAYA: Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, menganjurkan majlis pecah tanah bagi Pusat 3S Ford baharu di Pulau Pinang yang bakal menambah baik  pengalaman pelanggan dan mengukuhkan prospek jenama di utara tanah air.

Pusat 3S dengan pelaburan berjumlah RM16.6 juta itu meliputi kawasan seluas 45,000 kaki persegi dan akan dilengkapi 18 ruang servis dan kapasiti untuk mempamerkan enam kenderaan.

Kemudahan yang dijangka siap menjelang suku pertama 2024 itu terletak di Jalan Baru di Seberang Perai, Pulau Pinang yang memudahkan kunjungan. 

Apabila siap kelak, pelanggan akan dapat menikmati kemudahan terkini di Pusat 3S Ford, yang dibina sepenuhnya sejajar dengan piawaian global Ford.

Majlis pecah tanah tersebut dirasmikan oleh Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair, Ketua Jualan Pengedaran SDAC, George Ngian dan Wakil Penjual Prinsipal SDAC Pulau Pinang, Peter Chan.

Turse berkata, sebagai Pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan serba lengkap, kemudahan tersebut akan menyenangkan lagi kunjungan dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia. 

“Pelaburan ini jelas mencerminkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pasaran, sambil kami berusaha meningkatkan keupayaan serta menambah baik pengalaman pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pasaran Pengedar Ford Asia Pacific, DJ Simpson berkata,  pihaknya berbesar hati dapat meluaskan rangkaiannya di Malaysia dengan kemudahan terbaharu itu.

“Pulau Pinang ialah pasaran penting dengan prospek kukuh bagi Ford dan SDAC. Dengan memantapkan kedudukan kami di sini, kami akan dapat terus meluaskan tawaran rangkaian kenderaan bertaraf dunia dan perkhidmatan terulung yang disediakan kepada pelanggan di kawasan utara,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter atau YouTube, atau kunjungi www.sdacford.com.my. – UTUSAN

The post SDAC-Ford sempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat 3S Ford di Pulau Pinang appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *