SHAH ALAM: Selangor mencatatkan rekod pelaburan dalam dan luar negara berjumlah RM30.82 bilion dari Januari 2020 sehingga Jun tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, daripada jumlah tersebut, pelaburan dalam negeri mencatatkan jumlah sebanyak RM19.160 bilion manakala pelaburan daripada luar negara pula berjumlah RM11.659 bilion.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 689 buah projek projek turut diluluskan yang mewujudkan 39,287 peluang pekerjaan.

“Sektor yang menjadi tarikan pelabur seperti sektor sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, kelengkapan pengangkutan serta mesin dan peralatan,” katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping yang bertanyakan berapa jumlah pelaburan yang telah diterima kerajaan Selangor sejak dari tahun 2020.

Dalam pada itu, Chang Khim memaklumkan bahawa agensi di bawah kerajaan Selangor, Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) sedang melakukan kajian bagi menilai semula yang menjadi tumpuan ketika ini.

Ini kerana menurutnya, sektor-sektor yang masih belum diceburi dilihat dapat menarik lebih banyak syarikat lain untuk melabur di negeri tersebut. –UTUSAN

The post Selangor catat rekod pelaburan RM30.82 bilion dalam tempoh satu tahun setengah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *