KUALA LUMPUR: Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan aksi separuh masa pertama Piala Malaysia 2022 dengan terikat 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Menguasai sebahagian besar 30 minit pertama permainan, malah mengatur beberapa percubaan, Red Giants membuka jaringan pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti Herlison Caion.

Berada pada kedudukan baik untuk menyambut hantaran lintang Mukhairi Ajmal Mahadi, Caion bagaimanapun dijatuhkan oleh pertahanan Harimau Selatan, Matthew Davies.

 

Terdahulu Selangor yang beraksi sebagai pasukan pelawat memiliki beberapa peluang menjaringkan gol menerusi Caion dan Hein Htet Aung, namun ketumpulan penyudah menafikan sekurang-kurangnya tiga peluang.

BERSON da Silva meraikan gol penyamaan JDT. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

JDT bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan penyerang berbisa, Bergson da Silva pada masa kecederaan untuk memastikan kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan keputusan 1-1. – UTUSAN ONLINE.

The post Selangor, JDT sama kuat terikat 1-1 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *