MOGADISHU: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 47 cedera dalam satu serangan di sebuah hotal di Kismayo, selatan Somalia semalam.

Kumpulan al-Shabaab mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.

Serangan itu berlaku pada pukul 12.45 petang waktu tempatan apabila sebuah kenderaan yang dipasang bom merempuh pintu masuk Hotel Tawakal sebelum kumpulan penyerang melepaskan tembakan rambang.

Serangan itu berakhir kira-kira pukul 7 petang selepas sejumlah penyerang ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

Antara mangsa yang maut termasuk pelajar yang baru pulang dari sekolah berhampiran, manakala kesemua keempat penyerang turut terbunuh.

“Penyerang pertama meletupkan diri bersama kenderaan yang dipasang bom, manakala tiga lagi ditembak mati pasukan keselamatan,” menurut Menteri Keselamatan Jubaland, Yusuf Hussein.

Beliau juga menjelaskan serangan itu tidak menyasarkan individu berkaitan kerajaan, sebaliknya menyasarkan orang awam. – AFP

The post Sembilan maut, 47 cedera hotel Somalia diserang al-Shabaab appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *