KUALA LUMPUR: Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan kesalahan itu tidak wajar diletakkan hanya kepada Presiden parti.

Jelas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pihaknya perlu mencari penyelesaian tuntas mengenai perkara itu bagi menjadikan parti terus kekal relevan. 

“Tidak sampai ke tahap itu (Zahid letak jawatan), kita kena bincang dengan semua, pemimpin UMNO kena bertanggungjawab. Kalau nk letak jawatan, semua kena letak jawatan lah,” katanya. 

Bung dalam masa yang sama turut menyifatkan kekalahan kali ini adalah paling teruk dalam sejarah BN, bagaimanapun parti itu perlu menerima hakikat yang rakyat menolak tawaran BN yang ingin membawa kestabilan demi kemakmuran negara. 

“Setiap parti perlu transform parti mereka, senario kali ini berbeza dengan yang lain, kita kena pragmatik dalam menentukan masa depan negara, kita kena pastikan UMNO diberi nafas baru bagi melihat  terbaik parti untuk survive

The post Semua perlu bertanggungjawab, bukan Zahid seorang-Bung Moktar  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *