DOHA : Calon juara Piala Dunia 2022, Argentina semakin hampir dipentas akhir selepas mendahului Croatia, 2-0 pada 45 minit pertama saingan separuh akhir di Stadium Lusail, sebentar tadi.

Gol Argentina dijaringkan ketua pasukan, Lionel Messi yang menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan Dominik Livakovic pada minit ke-34 sebelum Julian Alvarez menggandakan kelebihan buat pasukan selang lima minit kemudian.

Croatia dilihat lebih mendominasi perlawanan sepanjang 30 minit pertama sebelum jaringan Messi nyata mengubah rentak permainan pasukan dengan giliran Argentina pula lebih banyak menyerang dipenghujung babak pertama. – AGENSI

The post Separuh masa pertama, Argentina 2-0 Croatia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *