BHUBANESWAR: Tiada yang lebih manis buat penyerang berusia 20 tahun, Shahmie Irfan Suhaimi apabila memulakan karier antarabangsa de­ngan kemenangan pertama di pentas berprestij Piala Dunia.

Shahmie pada awalnya disenaraikan sebagai dua pemain simpanan sebelum mendapat ‘durian runtuh’ apabila dipilih menggantikan tempat Shahril Saabah yang mengalami kecederaan hamstring.

Walaupun bermula goyah dan tidak meledak gol tetapi kehadiran bintang dalam pembikinan dari Negeri Sembilan itu memberikan nilai tambah kepada jentera sera­ngan kelmarin.

Beberapa gerakannya dilihat mengucar-kacirkan benteng pertahanan New Zealand dan menjadi antara faktor kejayaan pasukan menang 3-2.

AKSI Shahmie Irfan Suhaimi ketika membuat penampilan sulung dalam Piala Dunia. – UTUSAN

“Penampilan antarabangsa pertama, aksi Piala Dunia pertama dan kemenangan pertama tentunya sangat manis buat Shahmie.

“Cara dia bermain sedikit sebanyak seperti ayahnya ­(Suhaimi Ibrahim).

“Dia agresif, dapat masuk ke dalam pasukan dengan ­cepat dan tidak kelihatan ­seperti seorang pemain muda,” kata Ketua Jurulatih Malaysia, A. Arul Selvaraj.

Bagi Shahmie, dia mahu menjadikan detik tersebut sebagai batu loncatan dalam kariernya agar namanya terus tersenarai untuk beraksi di kejohanan-kejohanan antarabangsa selepas ini.

“Mungkin inilah aturan dan rezeki untuk permulaan karier. Saya ada pasang niat nak sentiasa berada dalam best 18 dan saya akan terus buat yang terbaik,” jelasnya.

The post Shahmie bintang dalam pembikinan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *