BHUBANESWAR: Penyerang muda negara, Shahmie Irfan Suhaimi sekali lagi menjadi taruhan Malaysia untuk mengambil penentuan penalti shoot-out menentang Afrika Selatan di Stadium Hoki Birsa Munda hari ini.

Ketua jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj dijang­ka terus memberikan kepercayaan kepada pemain berusia 20 tahun itu jika perlawanan sekali lagi diheret ke penentuan penalti shoot-out.

Arul mengakui, tiada masalah untuk menyenaraikan pemain dari Negeri Sembilan itu berdasarkan ketenangan dan keyakinan ditunjukkan ketika mengambil penalti shoot-out menentang Sepanyol pada Ahad lalu.

AKSIIrfan Suhaimi Shahmie ketika menentang Sepanyol.

“Faktor utama saya mengambilnya disebabkan keyakinannya. Dia telah membuktikan ketika kita memerlukan flickers (penalti shoot-out bertemu Sepanyol).

“Dia orang pertama yang beritahu mahu mengambilnya dan saya percaya dengan kebolehannya. Cara dia menyudahkan penalti itu sangat mengagumkan untuk seorang pemain yang baharu di Piala Dunia,” katanya.

Klasifikasi tempat kesembilan hingga 12 menentang Afrika Selatan itu bakal menjadi penampilan antarabangsa ketiga buat Shahmie selepas masuk menggantikan tempat Muhammad Shahril Saabah kerana masalah hamstring.

Masa depan cerah menanti anak kepada bekas pemain hoki negara, Suhaimi Ibrahim yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Sydney 2000 itu, berdasarkan prestasi ditunjukkan ketika menentang New Zealand dan Sepanyol.

The post Shahmie terus dapat kepercayaan Arul appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *