KANGAR: Melihat kepada perwatakannya yang lemah lembut, cantik dan ayu, tidak ada siapa menduga Nurul Amirah Mohd. Nadzim, 22, sebenar­nya merupakan seorang jaguh dalam sukan angkat berat yang sinonim dengan individu berperwatakan lasak.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berjaya membuktikan kemampuan apabila memenangi pingat Perak dalam kategori 71 kilogram wanita sewaktu temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-20 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bermula sekadar suka-suka ketika sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Amirah tidak menyangka pembabitan­nya dalam sukan tersebut berjaya membuahkan hasil sekali gus membanggakan negeri ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Nurul Amirah berkata, dia mula bergiat aktif dalam sukan angkat berat sejak berusia 17 tahun selepas mendapat galak­kan daripada ahli keluarga.

“Pada waktu itu, saya sedang menunggu keputusan SPM dan kebetulan ayah bertanyakan sama ada saya berminat untuk menceburi dalam apa-apa bidang sukan.

Ketika ditanya mengapa angkat berat menjadi pilihan, gadis kelahiran Kampung Padang Pauh itu memaklumkan bahawa dia sememangnya telah lama meminati sukan itu namun hanya memendamkan rasa sehinggalah

mendapat galakkan daripada keluarga.

Katanya, walaupun sukan berkenaan agak lasak namun Nurul Amirah tidak mempu­nyai masalah untuk mendalami teknik yang diajar menerusi pendedahan diberikan jurulatih dan tunjuk ajar rakan pasukan.

“Memang jika dilihat kebanyakan atlet angkat berat ini berwajah garang dan tegas namun sewaktu kejohanan, apa yang paling penting adalah semangat dalaman untuk menang,”ujarmya. –utusan

The post Si gadis ayu ‘jaguh’ angkat besi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *