Soalan
Apakah hukumnya solat berasingan dengan jemaah lain di belakang kerana terlewat masuk atau menjaga barang di belakang?

Khaswadi
Klang

Jawapan
Hukum solat berasingan daripada jemaah adalah makruh dan boleh menimbulkan syak wasangka apatah lagi itu adalah solat jamaah pertama didirikan. Namun hukum solat itu tetap sah. Maka berusahalah untuk solat jamaah dengan kumpulan pertama dan letaklah barang-barang tersebut berdekatan dengan kita jika bimbang dicuri.

Imam tak cukup rakaat

Soalan
Apakah tindakan makmum jika imam tidak cukup rakaat?

Jawapan
Tindakan makmum apabila imam tidak cukup rakaat adalah dengan menyebut kalimah subhanallah. Jika dia masih tidak endah atau tidak sedar, maka makmum boleh mufaraqah dan sempurnakan solatnya.

Tanam benang di muka

Soalan
Apakah hukumnya menanam benang di muka untuk mencantikkan wajah seperti yang dilakukan ramai wanita termasuk golongan artis?

Lina
Melaka

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

The post Solat berasingan dengan jamaah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *