RAUB: Dua penjawat awam dan seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat menerima wang ‘habuan’ bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dan melepaskan barangan disita bagi kegiatan perhutanan. 

Sumber memberitahu, suspek pertama berusia 40 tahun ditahan di pejabat SPRM Cawangan Raub ketika hadir memberikan keterangan kira-kira pukul 2.30 petang hari ini. 

Suspek kedua yang juga pesara kerajaan berusia 61 tahun ditahan kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Kedua-dua mereka dipercayai menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM2,000 dari pemilik sebuah syarikat bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis.

Kegiatan kedua-dua suspek itu dikatakan berlaku dalam tempoh antara November 2019 hingga 2020.

Dalam pada itu, suspek ketiga yang berusia lingkungan 40-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Raub.

Dalam satu operasi berbeza, suspek ditahan kerana dipercayai menerima wang rasuah sebagai balasan untuk melepaskan barang-barang yang disita oleh sebuah jabatan  kerajaan yang terbabit dengan aktiviti perhutanan.

Menurut sumber, suspek menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM1,500 sebanyak dua kali daripada seorang individu sekitar Disember 2018 lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad [email protected] ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Hairuzam berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

The post SPRM tahan dua penjawat awam, pesara kerajaan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *