PETALING JAYA: Penganjuran seminar  Sains, Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik (STEM) oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ini sangat signifikan sebagai platform menyampaikan pembentangan hasil-hasil kajian di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), universiti berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly berkata, penyelidikan dan pendidikan STEM haruslah terus berkembang, bagi menarik ramai pelajar meminati bidang berkenaan.

ROSALAM SARBATLY

Menurut beliau, seminar tersebut berjaya menunjukkan usaha dan komitmen PPST dalam mempromosikan STEM menjadi platform kepada penyelidik pusat tersebut dalam bidang pendidikan.

Tambah beliau, seminar tersebut juga dapat berkongsi dan bekerjasama bagi mengembangkan lagi budaya penyelidikan dan penerbitan STEM di PPST dan UMS.

“Ia telah lama menjadi inspirasi kepada negara ini untuk menjadi sebuah negara maju dengan kemakmuran ekonomi melalui pelaksanaan pendidikan STEM,” kata beliau.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan seminar tersebut di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu , baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah PPST, Prof. Dr. Jumat Sulaiman .

Di samping,bertujuan menanam sikap penyelidikan, seminar tersebut dianjurkan bagi bertujuan memupuk  dan penerbitan dalam kalangan ahli akademik PPST UMS.

Sementara itu, menurut Jumat, pihaknya memperoleh 10 pembiayaan penyelidikan baru.

Beliau berkata, pembiayaan tersebut, masing-masing sebanyak enam pada tahun 2020 dan dua geran penyelidikan baharu pada tahun 2021 dan 2022.

“ Sebanyak 34 penerbitan berindeks telah berjaya diterbitkan sepanjang tahun 2021 hingga 2022 setakat ini,” kata beliau.

Jelas beliau, PPST berjaya mencapai perlindungan harta intelek (IPP) bagi hak cipta modul pembelajaran yang berasaskan masalah fizik seperti elektrik, dan beberapa lagi senarai permohonan.

“Saya berharap usaha tersebut dapat diteruskan dan menjadi pemangkin untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,” kata beliau. 

Tambahnya,23 kertas kerja daripada pelbagai bidang berkaitan STEM dan pendidikan  telah dibentangkan dan enam daripadanya dianugerahkan sebagai kertas kerja terbaik pada seminar kali ni.

Seramai 24 ahli akademik PPST menyertai seminar berkenaan yang dianjur buat kali dua itu, yang bertemakan Academia and Beyond. –UTUSAN

 

The post STEM pupuk semangat penyelidikan, penerbitan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *